Skip to content Skip to footer

Membeli Kenderaan Terpakai? Ketahui Hak Anda.

Sudah agak lama saya tidak menulis di dalam blog ini. Pada penulisan kali ini, saya ingin berkongsi dengan para pembaca berkaitan masalah yang dihadapi oleh pembeli kenderaan terpakai. Isu ini mungkin tidak diketengahkan tetapi saya percaya banyak kes-kes seperti ini berlaku. Mungkin para pembaca yang pernah mengalami perkara seperti ini tidak tahu apa yang perlu dilakukan.

Ramai antara kita yang membeli kenderaan terpakai (used vehicle). Ini kerana pembelian kenderaan terpakai boleh menjimatkan sedikit wang. Apatah lagi kenderaan bukan merupakan suatu aset sebaliknya hanyalah bebanan.

Sekiranya anda membeli kenderaan dan setelah menandatangani Perjanjian Sewa Beli dan anda membuat bayaran bulanan seperti biasa, dan setelah beberapa bulan atau beberapa tahun anda mengguna pakai kereta tersebut, anda telah dimaklumkan oleh pihak berkuasa polis bahawa kereta tersebut merupakan kereta yang telah dicuri. Selain itu, ada juga keadaan yang mana anda telah dimaklumkan bahawa kereta tersebut tidak dibayar cukai maka dengan itu merupakan suatu kesalahan di bawah Seksyen 17 Akta Kastam 1967. Akibatnya kereta tersebut disita menurut seksyen 114 Akta Kastam 1967. Akibatnya menurut Seksyen 126 Akta Kastam 1967, kereta tersebut boleh dikenakan lucuthak.

Apakah tindakan yang boleh diambil oleh anda sekiranya perkara tersebut berlaku? Merujuk Seksyen 7(1) Akta Sewa Beli 1967 antaranya menyatakan seperti berikut:

In every hire-purchase agreement there shall be:-

(a) an implied warranty that the hirer shall have and enjoy quiet possession of the goods;

(b) an implied condition on the part of the owner that he shall have a right to sell the goods at the time when the property is to pass; and

(c) an implied warranty that the goods shall be free from any charge or encumbrance in favour of any third party at the time when the property is to pass.

Dalam erti kata lain, dalam tempoh sewa beli tersebut, pemilik kenderaan (hirer) mempunyai hak untuk menggunakan kenderaan tersebut secara aman tanpa sebarang gangguan dan juga berhak untuk menjual kenderaan tersebut.

Berdasarkan kepada kes Public Finance Bhd v. Ehwan Bin Saring [1996] 1 MLJ 331 dan juga Ling Swee Lin v. Public Finance Bhd & Anor [2007] 3 CLJ 737, Mahkamah memutuskan bahawa pihak Bank sebagai owner tidak mempunyai “good title to pass” kepada pembeli kenderaan tersebut apabila kenderaan tersebut merupakan kenderaan curi mahupun gagal membayar cukai. Justeru itu, terdapat total failure of condiseration dan dengan itu Perjanjian Sewa Beli tersebut adalah batal daripada mula lagi. Oleh yang demikian, pembeli kereta tersebut berhak untuk membatalkan (“rescind”) kontrak tersebut dan selanjutnya meminta wang yang telah dibayar selama ini kepada pihak Bank dipulangkan kepada pemilik kenderaan tersebut.

Saya menasihatkan sekiranya pembaca mengalami keadaan seperti ini, pembaca haruslah mendapatkan nasihat peguam. Penulisan ini sama sekali tidak membentuk sebagai pandangan undang-undang tetapi sekadar suatu perkongsian. Ini kerana setiap kes adalah berbeza antara satu sama lain.

Terima kasih.

Leave a Comment