Seringkali kita membaca atau mendengar sesuatu kenyataan daripada seseorang tanpa mengetahui kebenaran kenyataan tersebut. Dalam banyak keadaan, kenyataan-kenyataan tersebut cenderung bersifat memfitnah. Fitnah boleh berbentuk melalui penulisan ataupun secara lisan. Sesuatu kenyataan itu boleh dianggap fitnah sama ada melalui maksud biasa (“ordinary meaning”) atau secara innuendo (“sindiran”).Akta Fitnah 1957 tidak memberikan sebarang definisi perkataan fitnah itu sendiri. Malahan tidak terdapat sebarang definisi yang tetap untuk perkataan fitnah itu sendiri.
Di dalam kes Chew Peng Cheng v. Anthony Teo Tiao Gin [2008] 8 CLJ 418, Pesuruhjaya Kehakiman Hamid Sultan Abu Backer (ketika itu) telah menyatakan bahawa fitnah bukanlah suatu konsep yang statik dan memetik Gately on Libel and Skender (6th Edition):